Saturday, January 8, 2011

Kurang Asam

Hari Khamis 6/1 aku ke KL nak audit sub-con company. Pergi ke KL naik Air Asia.

Macam style lama ek... kena jalan naik tangga untuk masuk ke dalam kapal terbang. Maklumlah tambang murah.

Kat dalam kapal terbang tak ada FOC makanan & minuman - kalau nak, kena beli kat peramugari.

Air Asia mendarat ke KLIA. Aku pun straight ke Sub-con naik teksi. Brother driver teksi tu pun bagilah no h/p dia. Aku suruh dia datang semula lepas aku habis audit.

Habis je audit aku pun balik semula ke airport. Jam 3:30 aku bertolak sebab flight 6:30ptg. Kena awal sikit takut kena trafic jam bila orang gomen balik kerja pkl 4:00 ptg. Aku pun sampailah kat Airport jam 4:30 ptg.

Masuk je ke dalam airport aku pun nampak counter Air Asia, terus je nak check-in. Minah counter tu tanya flight pukul berapa, aku kat jam 6:30 ptg - dia kata tak ada flight masa tu. Aku pun tunjuk booking print-out. Terkejut besar aku !! Dia kata aku salah kapal terbang - flight balik guna FIRE FLY & airport kat Subang. Gelabah aku. Apalah bunya travel agent - booking flight macam ni.

Cepat-cepat aku call brother driver teksi, nasib baik dia ada tak jauh. Terus dia datang semula pick-up aku dan speeding ke Subang. Nasib baik le sampai Subang awal - tak de traffic jam.

Walau macam mana pun, aku rasa bertuah sebab dapat naik kapalterbang kipas macam ni - tak pernah naik sebelum ni. Walaupun FIRE Fly ni tambang murah juga, tapi depa tak kedekut - depa bagi FOC fruit juice & snack - macam MAS juga. Dan yang bestnya, depa terbang rendah je kat 16,000 kaki so dapat tengok permandangan di bawah.

Thursday, January 6, 2011

Pengeluaran Kedua KWSP

Cara nak buat pengeluaran KWSP untuk rumah kedua (Process ikut turutan seperti di bawah)
1. Tukar hak-milik rumah pertama - Pergi pejabat tanah, dapatkan borang KTN14A, dan Borang Penilian Hartanah. Isi borang KTN14A dengan pen dakwat basah warna hitam - atau pun pen gel hitam. Di bahagian (b) sebagai balasan - tulis "HEBAH KEPADA ISTERI" - jika pindahmilik kepada bini. Setiap nama yang ditulis mestilah disertakan no K/P and Warganegara Malaysia - contohnya ALI BIN ABU K/P101010-10-1010 (A1000101) WARGENAGARA MALAYSIA
2. Isikan borang penilian Hartanah dan buat salinan - photostat 4 Keping.
3. Setelah lengkap, serahkan kepada Pentadbir Tanah, di pejabat tanah (KTN14A and Penilaian Hartanah - 4 salinan).
4. Bawa borang2 tersebut + Surat Nikah & Salinannya ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (Income Tax). Dia orang ambil 2 ~ 3 minggu untuk buat penilaian hartanah. Oleh kerana pindah-milik adalah atas dasar kasih sayang (bukan jual/beli) maka LHDN tidak kenakan duti stem (Jimat RM1500+). LHDN akan keluarkan slip mengenai Duti Stem tersebut dan attach kepada Borang KTN14A. Deal dengan orang gomen kena selalu follow-up / call. Kalau tak, lagi lambat - kerja yang boleh buat dalam sehari pun dia orang mintak tunggu 1 ~ 2 minggu. Kalau tak follow-up jadi 3 ~ 4 minggu. Ingat tu - kena selalu follow-up !
5. Bawa borang KTN14A + Surat Nikah & Salinan ke pejabat Tanah, dia orang akan advice samada kena hantar ke Pejabat Tanah Negeri.
6. Pejabat Tanah akan makan duit RM300 untuk keluarkan Geran kepada pemilik baru (isteri / anak /...) pada hari yang sama (lebih kurang 1 jam selepas serahan KTN14 + Slip Duti Stem.
7. Minta salinan KTN14A dari pejabat tanah - yang ni pejabat tanah ambik masa 1 minggu untuk process carian. Jadi item #6 and #7 ni hendaklah dibuat pada hari sama. Kalau tak, lagi lambat nak dapatkan salinan KTN14A - tau-tau je lah orang gomen kerja macam mana, letak documen bersepah-sepah. Pejabat Tanah makan lagi RM50 untuk satu salinan KTN14A. Jangan lupa call sebelum datang untuk kutip salinan ni, kalau pakai serbu je - memang akan mendukacitakan diri - sebab salinan tak dapat cari lah, ... macam-macam alasan. Biasalah orang gomen - lebih banyak sembang dari buat kerja, masuk opis lambat (customer dah masuk opis, dia orang masih duduk kat kantin makan serapan pagi). Bila dah masuk opis, dia orang sembang2 & ada yang buat urusan jual-beli kain baju, etc... Memang menyakitkan mata dan telinga kalau duduk lama kat opis orang gomen.
8. Dapatkan borang KWSP untuk pengeluaran. Lengkapkan borang tersebut dan serahkan kepada KWSP + Salinan KTN14A + Surat Nikah & salinan + S&P Agreement & Salinan + Bank Loan approval & salinan.
9. KWSP process dalam masa 2 minggu. KWSP kerja memang cekap - tak de sembang2. Cara dia orang kerja macam orang kerja swasta. Walau pun dia orang kata process 2 minggu, tapi actual dalam seminggu duit KWSP dah kelaur.

Friday, September 17, 2010

Cerita Tikus Lagi

Balik dari cuti raya selama 8 hari, ada 4 ekor tikus terperangkap kat getah. Ada yang masih hidup dan ada juga yang telah mati. Ada sikit bau, tapi aku selamba je. Averaga 1 ekor kena getah setiap 2 hari.

Di sini, aku dapat buat satu pemerhatian penting berkenaan tabiat tikus untuk makluman semua - TIKUS ADALAH BINATANG YANG SUKA TOLONG MENOLONG.

Dari 4 ekor tikus yang terperangkap kat getah, ada yang telah lama mati, ada yang baru mati, dan ada juga yang baru kena perangkap - masih lagi bernyawa. Ini menunjukkan tikus terjun ke perangkap getah kerana nak menolong member-membernya yang terperangkap. Mungkin tikus kesian dengar rintihan member yang kena getah, akhirnya dia pun kena getah juga.

Walaupun tikus kena getah, tapi dia masih boleh hidup sehari dua lagi. Oleh itu, kepada semua yang berminat untuk hapuskan tikus dengan cara perangkap getah ni, aku cadangkan begini :
Apabila se-ekor tikus kena getah, biarkan saja untuk 2 hari lagi, supaya rintihan tikus ini akan menarik perhatian kawan-kawan tikus yang lain untuk "membantu". Akhirnya banyak tikus yang terperangkap.

AMARAN - jangan guna perangkap getah di luar rumah, kerana tikus yang terperangkap akan menjadi perhatian kucing, dan akan mendatangkan masalah besar kepada kucing...

Friday, August 27, 2010

Planet Marikh 17 Ramadhan

Malam ni (malam 17 Ramadhan, 2010) dapat aku saksikan planet Marikh paling hampir dengan bumi.

Gambar pada tahun lepas, sila tengok post yang lepas (15 Ramadhan, 2009)

Thursday, July 22, 2010

Cara nak tangkap tikus

Ada beberapa cara untuk tangkap tikus. Cara yang konvensional adalah dengan menggunakan perangkap tikus. Tetapi tikus ni kira pandai juga, kekadang tu dia tak masuk pun sebab dah tahu benda tu bahaya.

So, ni ada satu lagi cara. Guankan gam.
Cara ni memang berkesan. Dah 3 ekor kena dengan cara ni. Tak perlu letak umpan, cuma letak kat tempat laluan tikus.

Modal gam ni cuma RM3.00 aje satu tin, boleh buat 4 kali (setiap jerat luas 1 kaki persegi)

Mula mula gam ni memang berbau, tapi lepas beberapa hari dah tak de bau lagi, masa tu tikus pun tak perasan tentang jerat ni...

Thursday, February 25, 2010

Cuti Sekolah

Tak lama lagi cuti sekolah dah nak start. Bila mula je cuti sekolah mesti ada banyak kenduri kendara. Aku pun dah ada plan nak p makan nasi minyak kat PD & lepas tu mungkin nak balik kampung sat. Almaklumlah PD dgn BP tu bukannya jauh sangat. 1 jam sampai la (kalau pecut 200kmh non stop.
Aku tengok sejak Najib jadi PM ni Polis pun dah start balik activiti "mengendap" pemandu. Masa PakLah dulu tu mereka kurang buat activiti ni. Dosa kot buat kerja mengendap orang kat jalan raya, hehehe

Saturday, January 2, 2010

Cuti-cuti 1Malaysia

25/12/09 : 10AM - Bertolak ke Kelantan.

1:50 PM - Tiba di Rantau Panjang. Jalan-jalan beli baju & cawan

4:30 PM - Check in hotel - M?n Hotel di Kota Bharu. Kesian hotel ni, tak boleh recommend - sebabnya ada cacing berkeliaran kat bilik air. Ngeri aku tengok. Cara nak selesaikan masalah cacing ni cuma letakkan garam kat tempat cacing keluar. Settle problem.Mungkin juga sebab baru lepas banjir, air masih bertakung kat dalam tanah....

6:30 PM - Pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Malam tu mendung - tak ada bulan. Ombak kuat, tapi ramai orang kat pantai ni lepak lepak main layang-layang.







8:00 PM - makan kat gerai tak jauh dari pantai &
belek-belek kain baju. Ada banyak gerai-gerai jual baju
dan kain batek - harganya ? Punyalah mahal...






26/12/09 : 9:00 AM - Kami Check-out hotel,

dan pergi ke Pasar Siti Katijah. Pusing-pusing cari parking - akhirnya dapat parking kat bawah bangunan. Sesak di kawasan ni. Kat sini kami beli kain batek, pelikat, dan gelang budak-budak.


Ramai orang berniaga kat Pasar ni. Di tingkat bawah depa jual
ikan sayur. Kat atas pula ada kain baju. Ada dua bangunan. Bangunan pertama yang mana ada parking kat bawah cuma jual pakaian dan kain. Bangunan kedua - sekarang ni masih dalam renovation - jual ikan sayur kat bawah dan kain baju kat tingat atas.



1:00 PM - Bertolak ke Kuala Terengganu. Jalan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu cukup baik. Kenderaan masing masing speeding, harap-harap tak de speed trap. On the way, singgah beli baulu & serunding kelantan

4:00 PM - check in Hotel Sea View depan Istana Maziah. Hotel ni
OK - tak jauh dari Masjid Putih, Istana, Pasar Payang dan tepi kuala Sungai. Lepas makan bekalan dalam hotel, kami jalan-jalan di bazaar tepi kuala sungai & depan Istana













7:30 PM - Lepas sembahyang Maghrib kat Masjid Putih, kami terus ke Pantai Batu Buruk.
Cantik dah kawasan ni. Pantainya luas, tapi ombaknya kuat. Waktu malam di Kuala Terengganu sunyi sepi. Kedai pun tutup awal.

27/12/09 : 9:00 AM check-out hotel & terus ke Pasar Payang. Nasib baik sampai awal, dapatlah parking tepi jalan tak jauh dari Pasar. Kami berserapan pagi + makan tengah hari di pasar ni. Di sini, kami beli kain pelikat dan keropok. Rupanya kain pelikat & batik (RM8) di pasar ni lebih murah dari yang dijual di pasar siti Khadijah, Kelantan (RM11). Apo nak dikato...dah beli kat Kelate... pandai sungguh oghang kelate beniago no...

11:00 AM - Ke Majid Kristal dan Tamadun Islam. Tempat ni terletak di dalam kawasan sungai. Bolehlah aku katakan masjid ni di kawasan jin bertandang...Mana ada orang duduk kat dalam kawasan sungai. Nelayan yang duduk di pinggir sungai pun dah ada masjid mereka sendiri. Ni semuanya untuk perabis duit "ikhsan" minyak agaknya. Ade ke orang yang sembahyang suboh kat masjid ni ?

1:00 PM - Bertolak ke Kuantan, Pahang. On the way, kami singgah kat tempat buat keropok lekor. Keropok lekor Terengganu memang best - lembut je. Keadaan jalanraya dari Kuala Terengganu ke Kuantan memang teruk - jalan sempit dan berlopak. Nama je negeri kaya minyak, tapi jalan teruk. Masuk je sempadan Pahang, keadaan jalan OK

3:30 PM - Tiba di Kuantan, Pahang. Sembahyang Zohor di Masjid Kuantan. Cantik dan besar masjid ni. Bandar Kuantan ni kecik je rupanya...lebih kecik dari Batu Pahat Johor. Tak de apa sangat kat bandar Kuantan ni, kecuali Pantai Telok Cempedak. Pantai ni cantik, tak begitu landai. Ombak tak berapa kuat sebab di kawasan telok.

5:30 PM - Bertolak ke Pekan, Pahang. Terkejut aku...ingatkan besar bandar kelahiran PM kita, rupa-rupanya lebih kecik dari Bukit Pasir. Hotel tak de...jangan terkejut. Cuma ada rumah tumpangan dan challet tepi sg. Pahang je. Kesian orang Pekan....


Akhrinya aku duduk kat challet di tepi sg. Pahang.



Untuk kaki pancing, kira okaylah tempat ni.Tapi untuk berehat-rehat, aku tak recommend sebab kat tangga penuh dengan taik cicak...tak jaga kebersihan langsung ! Pemalas betul pekerja challet ni...


28/12/09 : 10:30 AM - Check-out challet. Terus ke Endau/Rompin dan Mersing. Jalan cukup cantik dan lebar. Pantai pula landai dan airnya hitam.

Tiba di Mersing, singgah kat kedai jual ikan masih dan makan keropok lekor. Keropok lekor Mersing kurang sedap jika dibandingkan dengan yang di Terengganu, so kami tak beli untuk bawa balik.

Akhirnya kami tiba di kampong pada pukul 5 Petang...