Saturday, January 8, 2011

Kurang Asam

Hari Khamis 6/1 aku ke KL nak audit sub-con company. Pergi ke KL naik Air Asia.

Macam style lama ek... kena jalan naik tangga untuk masuk ke dalam kapal terbang. Maklumlah tambang murah.

Kat dalam kapal terbang tak ada FOC makanan & minuman - kalau nak, kena beli kat peramugari.

Air Asia mendarat ke KLIA. Aku pun straight ke Sub-con naik teksi. Brother driver teksi tu pun bagilah no h/p dia. Aku suruh dia datang semula lepas aku habis audit.

Habis je audit aku pun balik semula ke airport. Jam 3:30 aku bertolak sebab flight 6:30ptg. Kena awal sikit takut kena trafic jam bila orang gomen balik kerja pkl 4:00 ptg. Aku pun sampailah kat Airport jam 4:30 ptg.

Masuk je ke dalam airport aku pun nampak counter Air Asia, terus je nak check-in. Minah counter tu tanya flight pukul berapa, aku kat jam 6:30 ptg - dia kata tak ada flight masa tu. Aku pun tunjuk booking print-out. Terkejut besar aku !! Dia kata aku salah kapal terbang - flight balik guna FIRE FLY & airport kat Subang. Gelabah aku. Apalah bunya travel agent - booking flight macam ni.

Cepat-cepat aku call brother driver teksi, nasib baik dia ada tak jauh. Terus dia datang semula pick-up aku dan speeding ke Subang. Nasib baik le sampai Subang awal - tak de traffic jam.

Walau macam mana pun, aku rasa bertuah sebab dapat naik kapalterbang kipas macam ni - tak pernah naik sebelum ni. Walaupun FIRE Fly ni tambang murah juga, tapi depa tak kedekut - depa bagi FOC fruit juice & snack - macam MAS juga. Dan yang bestnya, depa terbang rendah je kat 16,000 kaki so dapat tengok permandangan di bawah.

2 comments:

Unknown said...

airasia ni dulu masa seat bebas lagi dahsyat.. org berebut2.. terutamanya kaum apek2 ni.. diorg punya perangai macam org kampung punya style.. skrg seat bole book so teratur sikit..

kalau delay 2 jam dpt claim semula tp bijaknya diorg ni.. sblm 2 jam tu diorg panggil boarding tp duduk saja la dlm kapal x gerak pun.. haha.. ni kawan punya cerita la

mmg kalau bole x yah naik airasia.. mmg murah tp hidden caj ada saja..

Gonzales said...

Air pun tak bagi. Kedekut sungguh.