Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya


Pada malam 15 Ramadhan, 1.27 pagi (5/9/09) aku sempat ambik gambar bulan dengan lingkaran cahayanya sekali. Ada sebiji bintang berhampiran lingkaran cahaya bulan. Bukannya senang nak jumpa lingkaran cahaya bulan ni, hehehe. Ada line hitam di penjuru kiri (bawah) dalam gambar ni, masa ambik hari tu tak nampak pulak line hitam kat langit, hairan, hairan.
Tapi, tu lah istemewanya camera digital ni, kekadang tu kita tak nampak apa-apa objek pun masa ambik gambar, tapi bila review balik adalah kelibat-kelibat makhluk halus
, etc




Kami betolak balik ke Batu Pahat pada jam 4 ptg, 17/9/09. Masa kami keluar dari rumah, hujan pun turun dengan lebatnya. All the way ke Shah Alam kami memandu dalam hujan. Cukup bahaya bila memandu masa hujan lebat, ada banyak air mengalir atas highway & rasa ringan je kereta ni. Kami berbuka puasa dalam kereta dengan minum air je. Bila tiba tempat rehat kecil (kawasan Behrang) , baru berhenti makan. Makan dalam kereta juga sebab hujan. Pondok kat kawasan rehat ni cuma ada 2 je, tu pun dah ada orang duduk.


Kami ke Shah Alam melalui lebuh-raya Guthrie. Silap besar guna lebuhraya ni, tol kena 3 kali, lepas tu kena jem kat bandar Shah Alam sebab traffic-light. Ni semua sebab member kat tempat kerja yang recommend ikut lebuh raya ni, cet. Kalau ikut NKVE direct keluar kat USJ lagi bagus, anyway tulah pengalaman pertama (dan mungkin terakhir) ikut lebuh raya guthrie ni. So, kami tiba di Shah Alam jam 9:15 mlm, dan bertolak balik ke BP jam 10 mlm. Perjalan balik dari Shah Alam, cuaca OK tak hujan. So, speeding sikit, sampai Kg jam 12:45 mlm & dapat diskaun toll 20%


Ni, gambar di pagi raya pertama. Bebudak tersenyum dapat duit raya.




Tulah serba sedikit gambo hari raya di kampung.


Kami bertolak balik pada jam 12:30 tgh hari, 23/9/09. On the way balik tu singgah kat Pt Sulong, beli kerepek & kuih raya untuk dibawa balik ke utara. Then, tak lupa juga singgah kat Tangkak untuk makan durian. Acara ni, dah macam tak boleh miss kalau balik Kg, sebab ada peminat setia durian Tangkak, tak lain tak bukan orang yang kat tengah gambo tu, hehehehe.


Balik ke Utara ni, aku jadi pemandu yang sangat berhemah, tak de speeding lansung, almaklumlah nak target keluar toll lepas jam 12 tgh malam supaya dapat 20% diskaun. So, kami melepak lama kat tempat R&R Sg. Buloh, Tapah, Bukit Merah. Akhirnya keluar kat Tol Jawi jam 12:05 malam, dan sampai di Kulim jam 12:30 mlm.

Drive malam memang seronok, sbb cuaca sesejuk mata memandang. Kenderaan pun tak banyak. Dan biasanya tak ada polis - boleh le bawa laju sedikit. Dan masa yang sesuai untuk bertolak adalah jam 4 ptg, tak le lewat sangat sampai ke destinasi. Kira separuh siang, separuh malam waktu perjalanan. Dan yang paling bestnya, dapat diskaun toll.

Sunday, August 30, 2009

Angkara Babi

Akhir zaman....

Babi menyebabkan seluruh penduduk dunia dalam kesusahan. Binatang yang diharamkan oleh Allah ni membawa pelbagai penyakit. Banyak kematian...banyak kesusahan.

La ni nak keluar jalan-jalan pun susah. Nampaknya babi dan virusnya bermahajalela di muka bumi ni. Maka aku terpaksa memakai topeng...

Friday, June 12, 2009

Balik Kampung

Dah lama aku tak update blog ni....

Hari Sabtu yang lepas, 31/5/09, kami balik kampung. Seminggu lamanya aku ambik annual leave. Mulanya cadang-cadang nak bertolak dari Kulim pukul 4 pagi; tapi aku bangun pukul 4 pagi. Lepas mandi dan bersiap-siap, hujan turun dengan lebatnya, so tunggu punya tunggu sampai 5:50 pg baru dapat keluar rumah. So, sampai kampung jam 2:30ptg.

Di BP, aku sempat tinjau-tinjau pantai Minyak Beku. Ada perubahan dan nampak semakin elok.

Pada hari Rabu, kami pergi ke Pasir Gudang & JB. Tidur semalam kat rumah Pak Uda. Kemudian jalan ke rumah Pak Ngah.

Keesokan harinya semasa dlm perjalanan pulang kami singgah di beberapa tempat.

Ni dia gambar yang kami rakamkan.

Gambar ni diambil depan Muzium Layang-layang, Pasir Gudang. Cantik tempat ni, ada tasik dan tempat mainan budak-budak.

Ni pulak gambar di depan Masjid Abu Bakar, JB. Di sini kami beli 3 keping lukisan total RM50. Pelukis tu pandai goreng, so aku pun belilah gambar hasil lukisan dia. Cantik gambar permandangan dan gambar burung.






Lepas tu, singgah di Muzium Diraja, dan sempat ambil beberapa keping gambar (walau pun tak dibenarkan ambik gambar, hehehe).

Wah, hebat betul bilik raja penuh dengan warna keemasan. Banyak barang barang perhiasan, pinggan mangkuk serta senjata tradisional di muzium ini.



Terdapat juga binatang buas yang diawetkan hasil perburuan Sultan seperti harimau, gajah dan seladang.


Then, on the way back to BP, kami balik ikut Pontian. Singgah di Pontian, makan tengah hari dan tengok-tengok keadaan pantai di Pontian. Landai sungguh pantai di sini.

Kemudian kami singgah di Senggarang, di pantai sungai punggor.


Boleh tahan juga pantai kat Senggarang ni. Tapi di sebabkan pantainya berpasir, airnya kurang jernih sebab warna air bercampur pasir. Mungkin juga sebab masa tu air cetek.






Hari Jumaat, kami pun bertolak pulang ke Utara. Kami singgah kat rumah Pak Yet makan tengah hari dan sembahyang Jumaat. Lebik kurang 2:30 ptg, kami pun bertolak ke Genting Highland.

Kami sampai di Genting Highland First World Hotel pada pukul 4:30 ptg. Lepas check-in, kami pun ke tempat mainan Outdoor. Habis RM176 untuk entrance fee ke tempat mainan. Boleh main apa-apa saja kat outdoor ni.



Oleh kerana nak layan N.Huda dan N.Husna, aku main mainan budak-budak. Tak thrill langsung.... Naik kenderaan spt gambar di sebelah, roda fun-fair, keretapi ulat gonggok, etc...




Haikal & Hilmi hilang tah kemana. Mesti main mainan yang lebih mencabar.


Esok pagi, kami round-round kat indoor game.









Budak-budak bertiga ni masuk rumah hantu.


Nurul Huda teringin nak naik boat, tapi tak dapat sebab dah nak check-out hotel.


Duduk sehari dan main game kat Genting Highland ni, habis RM500. Sehari kat sini, rasa macam kat Makau, penuh dengan orang Cina. Nasih baiklah aku ada bawa sikit makanan spt Nasi Baryani, Otak-otak& Pisang Salai yang sempat aku beli kat BP sebelum balik. Kalau tak nak makan apa ek?

Sunday, March 22, 2009

Tamatlah sudah cuti sekolah

Cuti sekolah kali ni, budak-budak dan mak budak bercuti kat kampung N. Tebal. Aku kerja macam biasa, balik kerja gilir-gilir ke Kulim / Kampung.

Masa awal cuti tu, kami ke Ipoh ke rumah k.ipar, sambil tu tengok business yang baru mereka start kat kafeteria KTM Ipoh. Wah sibuk betul mereka nak sediakan makanan untuk dijual dalam keretapi Ipoh-KL; macam stail pramugari tolak trolley dlm kapalterbang.

Tak dapat aku nak ambik gambar sbb beteri h/p aku dah habis.

Dan akbir cuti sekolah pulak, kami mandi air terjun tak jauh dari kampung. Mula tu, aku malas nak mandi sebab rasa macam nak demam, tapi sebab N.Huda dan N.Husna tu nak kena jaga, terpaksalah aku masuk juga dalam air tu...akhirnya aku yang mandi lebih dari mereka.





Sejuk sungguh air terjun ni. N.Husna baru je mandi, dah biru bibir dia.

Tempat sejarah...

Hari ahad yang lepas, seluruh Kulim tak de letrik sebab TNB buat kerja-kerja kat Kulim High Tec. Lama pulak tu, dari 8 pagi sampai 8 malam. So, kami pun merondalah... salah satu tempat yang kami lawati adalah satu tapak sejarah (sejarah masa bujang dulu..)
Ni dia gambar tempat tu....kedai makan.
Kesian kedai makan ni. Lebih 15 tahun yang lalu, tempat ni menarik dan ceria. Ramai pelanggan datang makan kat sini, termasuklah aku dan k.mimi. Tapi sekarang ni dah macam kedai usang, langsung tak ceria. Tengok latar belakang gambar pertama tu, pondok tempat makan tu dah senget, kerusi pun dah ada yang patah kaki. Masa kami makan hari tu (selepas lebih 15 tahun tak datang) tak ada pelanggan lain yang makan di situ. Kesian....

Monday, March 9, 2009

Jual beli ikan guna teknologi komputer

Canggih....canggih
Malam tadi TV3 keluarkan berita kat Tanjung Dawai jual beli ikan guna komputer. Siap ada display harga tertinggi tawaran untuk peraih-peraih betting! Macam kat BSKL gayanya.... Kang nanti berjangkit system tu kat Kuala Muda / Penaga; tempat jual beli secara berbisik. Kuala Dawai dengan Kuala Muda tu dekat je. Tak de ke sapa-sapa nak gunakan system SMS?

Saturday, February 21, 2009

Bisik-bisik beli ikan

Pagi tadi, kami ke Kuala Muda tengok nelayan naikkan ikan. Tempat ni tak jauh lebih kurang 40 km dari Kulim. Kami tiba di sana lebih kurang jam 12 tgh hari. Ni semuanya kawan2 kat kilang yang bagitau.

Di sebelah sini, adalah kawasan Penaga (Sbrg Prai) dan di seberang Kuala sungai sana pula adalah kawasan Kedah. Banyak bot ikan yang tiba waktu tengah hari membawa hasil laut terutamanya ikan kembong, gelama, udang kertas, ketam, siput, dan bermacam ikan yang aku pun tak tahu namanya.



Ramai peraih ikan berbisik-bisik untuk tawarkan harga kepada nelayan. Siapa yang tawarkan harga paling tinggi, dialah yang dapat.

Gambar di bawah ni contoh ikan yang diletakkan atas lantai untuk mereka yang nak berbisik harga.



Aku pun try lah berbisik harga...pada awalnya memang tak dapat, kerana harga yang tak sepadan. Tapi bila dah beberapa kali try, dan dapat tengok gerak bibir peraih, akhirnya aku berjaya membawa pulang udang kertas (saiznya besar sungguh, dan beratnya lebih sikit dr 1kg) dgn harga RM40. Ikan pula jenisnya tak tahu, tapi besar dgn harga RM25 (lebih 40 ekor).

Syok juga beli ikan berbisik ni... next month nak pergi lagi. Kalau ajak few families lagi bagus, supaya boleh share....

Mee Udang

Oleh kerana mee udang kat Kuala Sepetang tak lah sehebat yang di heboh-hebohkan oleh TV3, maka chef Taman Kenari pun buatlah mee udang sendiri. Rasanya.... memang hebat. Tentang udang tu, gerai mee udang banjir kat kuala Sepetang tak boleh lawan. Kita punya udang lagi banjir!

Tuesday, February 10, 2009

Balik Kampung Part2

Sebelum balik kampung, depa semua dijamu dengan lunch masakan aku. Kira bertuah depa hari tu...bukannya senang nak dapat rasa masakan abah! Setahun sekali pun payah nak jumpa. Tengah hari tu, aku sediakan ayam masak kicap 2 peringkat - microwave oven + goreng. Kobis masak air, dan juga cincaluk + ulam. Simple je.

Seleasai makan dan cuci kereta, kami pun berangkat pulang lebih kurang jam 4 ptg, 5/2/09
Tempat singahan yang biasa adalah di R&R Tapah selepas 2jam
driving. Then singgah kat R&R Sg. Buloh untuk makan sate kajang. Lepas tu singgah kat R&R Pagoh, saje nak tunggu supaya exit Yong Peng lepas sikit jam 12 malam (dapat diskaun toll 10%)
Kami sampai kg hampir jam 12:30 mlm.



Aktivity kt kg...
Ada acara sumo lah. Budak-budak ni terpengaruh lepas tengok VCD cerita Melayu (apa ke benda tajuk cerita ni ek?)







Kenduri kahwin kat rumah Paklong Din. Gambar kurang memuaskan sbb tangkap dgn h/p.






Kami bertolak balik ke utara jam 9:30 pg 9/2/09.
Banyak tempak yang kami singgah dlm perjalanan balik ke Utara. Makan roti canai dan durian kat Tangkak. Wah memang best durian Tangkak ni. Dulu masa balik raya pun singgah mkn durian kat sini. Tepi jalan je & tak jauh dari Toll.
Then, berhenti kat R&R air keroh, Seremban dan Dengkil. Mkn tgh hari kat Dengkil. Punyalah mahal makanan kat Dengkil ni. Cit...

Then, singgah kat R&R Tapah, mkn karipap.

Teringat pulak rancangan TV3 tentang mee udang banjir kat Kuala Sepetang. Set Navigator, terus cari gerai mee udang. Punyalah ramai orang berhenti makan mee udang. Plat kereta banyak dari KL. Kalau nak tunggu kat gerai ni, boleh jadi 2,3 jam. Last sekali cari gerai lain...

Tak lah sedap mana, cuma udang je yang banyak. Mee udang Sg Dua kat Perai lagi sedap....

Akhirnya kami sampai di Kulim tepat jam 9 malam.

Tuesday, February 3, 2009

Balik Kampung

Perjalan jauh tak ku rasa
Kerana hatiku melonjak sama
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
deru angin turut sama berlagu
semuanya bagaikan turut gembira

chorus:
balik kampung
oh oh oh balik kampung
oh oh oh balik kampung
hati girang...

Tuesday, January 27, 2009

Gong Xi Fatt Chai

Gong Xi Fatt Chai....
Sempena cuti raya Cina, Emak, Abah, Nasir, Ibi, Din, Pu sekeluarga & Awang sekeluarga ke Kulim.
Tiba di sini lebih kurang jam 9 malam.

Aku dapat bawak beberapa tempat aje. First day ke Penang. Cuaca hari tu hujan renyai-renyai, hujan rahmat selapas beberapa minggu tak hujan. Kita orang p Penang Road beli jeruk2. Tempat Kak Lina beli rayban hari tu pun kami tak ketinggalan singgah. Apek tu pakai baju yang same lah!

Aku beli songkok, yang besar sikit. Songkok dulu tu dah sempit.
Lebih kurang 2 jam kami kat sana. Hujan pun dah berhenti. Bolehlah duduk rehat kat bangku tepi jalan.
Lepas tu ke Batu Fringghi lepak-lepak kat pantai. Budaya kuning orang putih memang boleh
disahkah di sini. Tak malu sungguh...

Then kami ke Masjid atas air. Malangnya air laut cetek masa tu....

On the way balik ke Kulim, lalu kat Padang Kota Lama & terus ke Feri. Petang tu tak banyak kenderaan yang menaiki feri, so tunggu sekejap je. Ni dia gambar kepten feri hari tu....hehehe



Hari kedua pulak, kami p Lata Bayu di Baling dan kolam air panas di ulu Legong, Baling.

Tak sangka betul sungguh ramai orang kat air terjun. Parking setengah KM dari kwsn air terjun. Ada pulak yang parking berlapis - pentingkan diri sendiri aje.

Kami bawa bekalan sikit untuk makan-makan tepi jeram.




Kami tiba lebih kurang 12:30 tgh hari. Setup 2 khemah, senang nak
salin pakaian.

Sejuk air kat sini. Kecut tapak tangak budak-budak ni.
Kat jeram ni, sesuai untuk budak-budak kecik. Untuk yang besar tu boleh mandi kat tempat yang dalam berhampiran air terjun.




Best juga tempat ni untuk sejukkan badan. Free admission. Next time, boleh p Air Terjun Bukit Hijau pulak.

Setelah puas sejukkan badan, kami ke Telaga air panas, Ulu Legong.
Panas sungguh air telaga ni. Kata orang, baik untuk ubat sakit kulit dan buang angin dari badan. Kolam yang kami rendam kaki ni adalah kolam ke-3. Yang pertama tu, tak de siapa berani nak rendamkan kaki - takut masak daging. Aku try juga letak kaki kat kolam pertama ni. Puh, macam kena air mendidih! Tapi kolam ni memang banyak sulfur, memang boleh mati kuman penyakit kulit.
Kolam ke-3 ni pun tak sanggup aku nak rendam kaki lama-lama. Merah kulit macam udang terbakar. Kat kolam ni kalau nak berendam badan, seelok-eloknya tengah malam, sejuk sikit.
Ada chelet kat kawasan ni. Next time, kalau nak berendam dalam kolam air panas, bolehlah sewa chelet semalam. Memang ramai yang datang ke sini. Masa kami bertolak pulang jam 6:50 ptg pun ramai orang yang baru sampai. Mesti nak berendam waktu malam.
Hari ni, mereka pulang ke selatan, nak singgah ke rumah Farid.

Sunday, January 4, 2009

Happy Birthday

Happy birthday to me....

Hari Pertama Persekolahan 2009

Hari ini, 4hb Jan 2009, hari pertama Nurul Huda melangkah ke sekolah - Sek. Keb. Taman Kenari. Sedih juga rasanya, anak kecik dah pun besar; cepat betul masa berlalu. Haikal pulak dah pun masuk tingkatan 1 di SMK Taman Jelutong. Inilah muka-muka sedih hari pertama persekolahan sessi 2009, kahkahkah. Al-maklumlah, dah puas bercuti dan main game. Masuk sekolah dah tak boleh main game.....PS2 dan Komputer.7:05 pagi aku hantar Haikal ke SMK Jelutong, tiba di sana 7:15 (10 minit perjalanan rupanya. Hari tu aku test cuma 5 minit dah sampai). Aktiviti di sana cuma tunjukkan kelas dia, dan dapatkan meja di barisan pertama, dekat dgn meja cikgu - supaya lebih fokus masa belajar. Kelas dia ni ramai budak pompuan, hampir 70%. Ntah siapa agaknya duduk sebelah dia - budak pompuan ke?

Lepas, tu aku terus ke SK Taman Kenari. Nak tengok Nurul Huda pulak.

Pagi ni, Mimi yang hantar N. Huda dan DekMi.

Kelas N. Huda ni pulak ramai budak lelaki, lebih 70%. Sebelah dia pun budak lelaki duduk.

Dan tak terlepas bergambar di sekolah adalah budak kecik ni, yang teringin nak sekolah juga.