Friday, June 12, 2009

Balik Kampung

Dah lama aku tak update blog ni....

Hari Sabtu yang lepas, 31/5/09, kami balik kampung. Seminggu lamanya aku ambik annual leave. Mulanya cadang-cadang nak bertolak dari Kulim pukul 4 pagi; tapi aku bangun pukul 4 pagi. Lepas mandi dan bersiap-siap, hujan turun dengan lebatnya, so tunggu punya tunggu sampai 5:50 pg baru dapat keluar rumah. So, sampai kampung jam 2:30ptg.

Di BP, aku sempat tinjau-tinjau pantai Minyak Beku. Ada perubahan dan nampak semakin elok.

Pada hari Rabu, kami pergi ke Pasir Gudang & JB. Tidur semalam kat rumah Pak Uda. Kemudian jalan ke rumah Pak Ngah.

Keesokan harinya semasa dlm perjalanan pulang kami singgah di beberapa tempat.

Ni dia gambar yang kami rakamkan.

Gambar ni diambil depan Muzium Layang-layang, Pasir Gudang. Cantik tempat ni, ada tasik dan tempat mainan budak-budak.

Ni pulak gambar di depan Masjid Abu Bakar, JB. Di sini kami beli 3 keping lukisan total RM50. Pelukis tu pandai goreng, so aku pun belilah gambar hasil lukisan dia. Cantik gambar permandangan dan gambar burung.






Lepas tu, singgah di Muzium Diraja, dan sempat ambil beberapa keping gambar (walau pun tak dibenarkan ambik gambar, hehehe).

Wah, hebat betul bilik raja penuh dengan warna keemasan. Banyak barang barang perhiasan, pinggan mangkuk serta senjata tradisional di muzium ini.



Terdapat juga binatang buas yang diawetkan hasil perburuan Sultan seperti harimau, gajah dan seladang.


Then, on the way back to BP, kami balik ikut Pontian. Singgah di Pontian, makan tengah hari dan tengok-tengok keadaan pantai di Pontian. Landai sungguh pantai di sini.

Kemudian kami singgah di Senggarang, di pantai sungai punggor.


Boleh tahan juga pantai kat Senggarang ni. Tapi di sebabkan pantainya berpasir, airnya kurang jernih sebab warna air bercampur pasir. Mungkin juga sebab masa tu air cetek.






Hari Jumaat, kami pun bertolak pulang ke Utara. Kami singgah kat rumah Pak Yet makan tengah hari dan sembahyang Jumaat. Lebik kurang 2:30 ptg, kami pun bertolak ke Genting Highland.

Kami sampai di Genting Highland First World Hotel pada pukul 4:30 ptg. Lepas check-in, kami pun ke tempat mainan Outdoor. Habis RM176 untuk entrance fee ke tempat mainan. Boleh main apa-apa saja kat outdoor ni.



Oleh kerana nak layan N.Huda dan N.Husna, aku main mainan budak-budak. Tak thrill langsung.... Naik kenderaan spt gambar di sebelah, roda fun-fair, keretapi ulat gonggok, etc...




Haikal & Hilmi hilang tah kemana. Mesti main mainan yang lebih mencabar.


Esok pagi, kami round-round kat indoor game.









Budak-budak bertiga ni masuk rumah hantu.


Nurul Huda teringin nak naik boat, tapi tak dapat sebab dah nak check-out hotel.


Duduk sehari dan main game kat Genting Highland ni, habis RM500. Sehari kat sini, rasa macam kat Makau, penuh dengan orang Cina. Nasih baiklah aku ada bawa sikit makanan spt Nasi Baryani, Otak-otak& Pisang Salai yang sempat aku beli kat BP sebelum balik. Kalau tak nak makan apa ek?