Tuesday, October 28, 2008

Harga Minyak bila nak turun

Aku baru je buat simple analysis tentang harga minyak.
Ni chart harga minyak yang diniagakan di pasaran dunia.


Harga pasaran pada masa ni adalah dalam lingkungan US$64 sahaja.
Harga tertinggi yang pernah dicatatkan adalah lebih kurang US$145
pada bulan julai yang lepas. Harga minyak menurun hampir secara
linear, so aku buat formula, y = -27x + 334

y = harga minyak
x = bulan.

Maknanya setiap bulan harga turun US$27. So, lebih kurang bulan 12
nanti, harga minyak US$0, ha ha ha... ni yang syoknya kalau harga
minyak menurun secara linear ni. Tak sabar nak tunggu free oil for
everybody akhir tahun ni, ha ha ha. Bolehlah aku travel seluruh M'sia
dengan engin kereta & aircon ON 24 jam. Tak yah tidor kat otel, kat
dlm kereta pun dah bagus - free accomodation with aircon.


Tapi yang aku cukup marah dengan gomen ni, yang mana ramai menteri
dari kalangan menteri berotak udang, tak pandai nak turunkan harga
minyak. Dulu masa gomen menang tipis dalam pilihan raya, maka dengan
lagak sombongnya menteri otak udang dan kuncu-kuncunya menaikkan
harga dari RM1.92 ke Rm2.7 dengan alasan minyak dunia mahal pada
masa tu (US$120/barrel pada bulan Mei). Tapi la ni, harganya dah
pun berada pada US$65, what is gomen doing now? Ceh, menyampah
betul aku tengok menteri tu : asyik nak berniaga dan ambik untung
dengan rakyat jelata.


Dan di kalangan peniaga yang cekik darah, tak de sekor pun yang nak
turunkan harga barangan. Aku boleh jamin, bila minyak free for
everyone pun, mereka tak kan turunkan harga barang. Dulu, mereka
kata buat roti canai, tanam jambu air, buat teh tarik, mereka gunakan
petrol. So bila petrol naik, maka dengan lagak bodoh sombong, mereka
tipu pengguna dan naikkan harga. Tapi bila petrol dah
turun, mereka kata mereka gunakan letrik pulak; dan bil letrik tak turun,
so mereka tak dapat turunkan harga roti canai, jambu air dan teh tarik.
Macam-macam alasan... cit.

Sunday, October 26, 2008

Berita Tergempar

Percaya atau tidak! Pokok keladi kencing! Cerita dan buktinya seperti berikut.
Pagi tadi, lepas antar budak-budak p sekolah, aku duduk melepak kat pondok. Hairan juga ada air kat kayu. Padahal, hari tak hujan sepanjang hari dan sepanjang malam. Lagipun ada bumbung. Mana datangnya air ni? Tertanya-tanya aku dibuatnya. Adalah pulak yang kata air kencing cicak dan suruh aku cium, ade ke patut.


Mulalah aku buat kaji selidik. Kat tepi pondok ni ada sepasu pokok keladi. Daunnya tak basah pun, sebab tak ada embun. Lagipun kalau ada embun, airnya mestilah mengalir ke bawah dan jatuh atas tanah. Alih alih ternampak ada setitk air kat hujung daun.


Memang air ni lah jatuh ke atas kayu tu. Kalau tengok kawasan kayu yang basah tu, aku rasa mesti tak kurang dari 10 titik air semalaman (dia kencing malam). Alat yang keluarkan air kencing tu pun sempat juga aku ambik gambarnya.

Ingatkan budak-budak je yang pandai ngompol, pokok keladi pun pandai juga tau. Esok pagi aku nak check sekali lagi. Ape rasa air kencing keladi ni ek? Masin ke, atau tawar macam air mineral ke? Nak suruh sapa rasa eh.

Friday, October 17, 2008

Aktiviti budak-budak

Hari ni DekMi pergi ke Kuala Nerang dengan pasukan Dikir Barat sekolah dia. Ada pertandingan pada esok hari. Tido semalam kat sana. Semalam DekMi demam juga.
Esok pulak, Nurul Huda ada pertandingan lakonan. Tapi sejak semalam dia kurang sihat sebab demam. Hai... macam mana lah agaknya lakonan N.Huda ni. Orang nya pemalu, he he he. Nanti aku pos kan aksi lakonan dia.
Nurul Husna juga demam dah 2 hari. Sejak musim hujan ni, bebudak ni kena demam
pulak.

Update :
Keputusan dikir barat - kumpulan DekMi dapat nombor satu.
Ni dia video kumpulan Nurul Huda. Keputusannya dapat #2. 21 pasukan dari serata kawasan Kulim & bandar Baru mempersembahkan lakonan mereka. 1/11 nanti kena buat persembahan lagi untuk sessi penyampaian sijil untuk yang menang #1 ~ #3. Kelakar juga tengok lakonan budak-budak kecik ni. Memang berterabur.

Tuesday, October 7, 2008

Hari Raya

Aku bertolak balik ke kampung jam 8:15 malam, hari raya pertama dan tiba jam 3 pagi raya kedua. Drive malam memang best. Kenderaan tak banyak. Polis pun tak de, so speeding le. Tu yang sampai awal.

Balik semula ke utara jam 9:15 pagi, sampai sini jam 8 malam. Banyak tempat yang aku singgah, bawak pun ikut speed limit je; jadi pemandu berhemah. Kenderaan pun tak berapa banyak.

Pertama sekali aku singgah kat Tangkak beli kain dan kain langsir; terbang lah duit beberapa ratus. Tu la yang bahaya kalau bawak orang perempuan p Tangkak ni... kena jaga-jaga RM boleh terbang tinggi.


Aku berhenti makan tengah hari kat kawasan Senawang. Tengah makan, sampai sebuah kereta Iswara engine berasap. Aku pun pergi tengok... air kering kerana water hose pecah. Minyak engine pun terpancut keluar, tak tau dari mana. Habislah kereta tu, mesti banyak RM yang terbang.


Dalam perjalanan ke utara lepas exit PD/Seremban, ada pulak lori kayu terbalik. Kayu bersepah atas highway. Kat lorong laju pulak tu. Nasib baik nahas baru jadi, jem pun tak teruk sangat masa tu. Ni gambar lori tu....





Tapi yang dari utara ke selatan kena jem 4 km sebab lori tu dah masuk ke dalam lorong depa dan kayu bersepah. Mungkin sebab jalan licin masa hujan.



Perjalanan ke utara selepas KL hujan di kebanyakan tempat.

Aku singgah kat Sungai Buloh R&R, makan Sate Kajang. Dulu, sate kat sini sedap, lembut; tapi kali ni liat dan ada yang hangus jugak. Tak jaga Quality langsung. Boleh hilang pelanggan kalau terus amalkan perangai buruk yang macam ni.




Lepas tu, aku keluar kat Bidor, nak cari buah-buahan. Terkejut betul aku. Depa jual jambu air RM15/kg. Dulu harganya sekitar RM7/kg. Kenaikan ni dah lebih 100%. Pak Lah naikkan minyak 40%, tapi penjual jambu naikkan lebih 100%. Mungkin depa siram pokok jambu dengan minyak petrol berquality tinggi kot, jenis yang kurang sulfur (yang kapalterbang guna). Hot betul aku. So tak jadi beli jambu. Beli ciku je.. RM5/kg

Lepas tu singgah kat Tapah. Sama juga, jambu yang disiram petrol ni pun harganya RM15. Aku beli jambu batu RM6/kg. Tension betul dengan perangai peniaga ni. Harga minyak dah turun, tapi depa buat dono je.

Lepas tu aku drive straight home. Sampai tepat jam 8 mlm.