Tuesday, January 27, 2009

Gong Xi Fatt Chai

Gong Xi Fatt Chai....
Sempena cuti raya Cina, Emak, Abah, Nasir, Ibi, Din, Pu sekeluarga & Awang sekeluarga ke Kulim.
Tiba di sini lebih kurang jam 9 malam.

Aku dapat bawak beberapa tempat aje. First day ke Penang. Cuaca hari tu hujan renyai-renyai, hujan rahmat selapas beberapa minggu tak hujan. Kita orang p Penang Road beli jeruk2. Tempat Kak Lina beli rayban hari tu pun kami tak ketinggalan singgah. Apek tu pakai baju yang same lah!

Aku beli songkok, yang besar sikit. Songkok dulu tu dah sempit.
Lebih kurang 2 jam kami kat sana. Hujan pun dah berhenti. Bolehlah duduk rehat kat bangku tepi jalan.
Lepas tu ke Batu Fringghi lepak-lepak kat pantai. Budaya kuning orang putih memang boleh
disahkah di sini. Tak malu sungguh...

Then kami ke Masjid atas air. Malangnya air laut cetek masa tu....

On the way balik ke Kulim, lalu kat Padang Kota Lama & terus ke Feri. Petang tu tak banyak kenderaan yang menaiki feri, so tunggu sekejap je. Ni dia gambar kepten feri hari tu....hehehe



Hari kedua pulak, kami p Lata Bayu di Baling dan kolam air panas di ulu Legong, Baling.

Tak sangka betul sungguh ramai orang kat air terjun. Parking setengah KM dari kwsn air terjun. Ada pulak yang parking berlapis - pentingkan diri sendiri aje.

Kami bawa bekalan sikit untuk makan-makan tepi jeram.




Kami tiba lebih kurang 12:30 tgh hari. Setup 2 khemah, senang nak
salin pakaian.

Sejuk air kat sini. Kecut tapak tangak budak-budak ni.
Kat jeram ni, sesuai untuk budak-budak kecik. Untuk yang besar tu boleh mandi kat tempat yang dalam berhampiran air terjun.




Best juga tempat ni untuk sejukkan badan. Free admission. Next time, boleh p Air Terjun Bukit Hijau pulak.

Setelah puas sejukkan badan, kami ke Telaga air panas, Ulu Legong.
Panas sungguh air telaga ni. Kata orang, baik untuk ubat sakit kulit dan buang angin dari badan. Kolam yang kami rendam kaki ni adalah kolam ke-3. Yang pertama tu, tak de siapa berani nak rendamkan kaki - takut masak daging. Aku try juga letak kaki kat kolam pertama ni. Puh, macam kena air mendidih! Tapi kolam ni memang banyak sulfur, memang boleh mati kuman penyakit kulit.
Kolam ke-3 ni pun tak sanggup aku nak rendam kaki lama-lama. Merah kulit macam udang terbakar. Kat kolam ni kalau nak berendam badan, seelok-eloknya tengah malam, sejuk sikit.
Ada chelet kat kawasan ni. Next time, kalau nak berendam dalam kolam air panas, bolehlah sewa chelet semalam. Memang ramai yang datang ke sini. Masa kami bertolak pulang jam 6:50 ptg pun ramai orang yang baru sampai. Mesti nak berendam waktu malam.
Hari ni, mereka pulang ke selatan, nak singgah ke rumah Farid.

Sunday, January 4, 2009

Happy Birthday

Happy birthday to me....

Hari Pertama Persekolahan 2009

Hari ini, 4hb Jan 2009, hari pertama Nurul Huda melangkah ke sekolah - Sek. Keb. Taman Kenari. Sedih juga rasanya, anak kecik dah pun besar; cepat betul masa berlalu. Haikal pulak dah pun masuk tingkatan 1 di SMK Taman Jelutong. Inilah muka-muka sedih hari pertama persekolahan sessi 2009, kahkahkah. Al-maklumlah, dah puas bercuti dan main game. Masuk sekolah dah tak boleh main game.....PS2 dan Komputer.7:05 pagi aku hantar Haikal ke SMK Jelutong, tiba di sana 7:15 (10 minit perjalanan rupanya. Hari tu aku test cuma 5 minit dah sampai). Aktiviti di sana cuma tunjukkan kelas dia, dan dapatkan meja di barisan pertama, dekat dgn meja cikgu - supaya lebih fokus masa belajar. Kelas dia ni ramai budak pompuan, hampir 70%. Ntah siapa agaknya duduk sebelah dia - budak pompuan ke?

Lepas, tu aku terus ke SK Taman Kenari. Nak tengok Nurul Huda pulak.

Pagi ni, Mimi yang hantar N. Huda dan DekMi.

Kelas N. Huda ni pulak ramai budak lelaki, lebih 70%. Sebelah dia pun budak lelaki duduk.

Dan tak terlepas bergambar di sekolah adalah budak kecik ni, yang teringin nak sekolah juga.