Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Haji

Hari Raya Haji ni, aku tak buat ketupat beras; cuma Mimi saja yang buat ketupat pulut.
Kat Pasar Kulim, tak ada sorang pun yang jual pucuk daun kelapa, yang ada cumu daun palas saja. Ramai pulak tu yang jual, satu ikat RM4. Ni dia rupa daun palas. Sepelepah ni ada kira-kira 15 daun. Satu ikat adalah kira-kira 100 daun.

Daunnya berlipat-lipat, dan tak berapa panjang - lebih kurang 2 kaki je.

Ni dia pakar yang buat ketupat daun palas tu. Kalau ketupat daun kelapa, dia kurang pakar.Bila dah siap, ni lah rupanya. Berbentuk 3 segi. Tapi aku rasa ketupat daun kelapa lagi cantik dan berseni. Malangnya raya haji tahun ni, tak merasa kutupat beras.Ni pulak, kuih yang aku beli untuk raya haji ni. Belum pun raya, aku dan Husna dah makan separuh dah, he he he...
Akhir kata, Selamat Hari Raya Haji.

Thursday, November 20, 2008

Cuti cuti malaysia

Bulan 12 ni ada cuti panjang. Production quantity drop dah akibat dari kemelesetan ekonomi
dunia, so banyak production line stop. Employee pun kenalah ambil cuti tahunan. Hujung tahun ni tak kerja kira-kira 2 minggu (dari krismas hinggalah 1st day school). So bolehlah cuti-cuti Malaysia. Minyak bila nak turun lagi ek. Sekarang ni rakyat bagi subsidi kpd kerajaan 38sen bagi setiap liter petrol. Hari tu gomen kat nak maintain 30 sen subsidi minyak kpd rakyat, tapi sekarang ni dah terbalik kot.

Sunday, November 2, 2008

Hari graduation

Hari ini Nurul Huda dah pun graduate dari Tadika Perpaduan. Dapat sijil dan beg sekolah percuma. Antara tadika-tadika Haikal, DekMi, N.Huda, yang Nurul Huda punya ni lebih bagus.

Tahun depan, masuk darjah satu. Tak payah beli beg dah...

Tuesday, October 28, 2008

Harga Minyak bila nak turun

Aku baru je buat simple analysis tentang harga minyak.
Ni chart harga minyak yang diniagakan di pasaran dunia.


Harga pasaran pada masa ni adalah dalam lingkungan US$64 sahaja.
Harga tertinggi yang pernah dicatatkan adalah lebih kurang US$145
pada bulan julai yang lepas. Harga minyak menurun hampir secara
linear, so aku buat formula, y = -27x + 334

y = harga minyak
x = bulan.

Maknanya setiap bulan harga turun US$27. So, lebih kurang bulan 12
nanti, harga minyak US$0, ha ha ha... ni yang syoknya kalau harga
minyak menurun secara linear ni. Tak sabar nak tunggu free oil for
everybody akhir tahun ni, ha ha ha. Bolehlah aku travel seluruh M'sia
dengan engin kereta & aircon ON 24 jam. Tak yah tidor kat otel, kat
dlm kereta pun dah bagus - free accomodation with aircon.


Tapi yang aku cukup marah dengan gomen ni, yang mana ramai menteri
dari kalangan menteri berotak udang, tak pandai nak turunkan harga
minyak. Dulu masa gomen menang tipis dalam pilihan raya, maka dengan
lagak sombongnya menteri otak udang dan kuncu-kuncunya menaikkan
harga dari RM1.92 ke Rm2.7 dengan alasan minyak dunia mahal pada
masa tu (US$120/barrel pada bulan Mei). Tapi la ni, harganya dah
pun berada pada US$65, what is gomen doing now? Ceh, menyampah
betul aku tengok menteri tu : asyik nak berniaga dan ambik untung
dengan rakyat jelata.


Dan di kalangan peniaga yang cekik darah, tak de sekor pun yang nak
turunkan harga barangan. Aku boleh jamin, bila minyak free for
everyone pun, mereka tak kan turunkan harga barang. Dulu, mereka
kata buat roti canai, tanam jambu air, buat teh tarik, mereka gunakan
petrol. So bila petrol naik, maka dengan lagak bodoh sombong, mereka
tipu pengguna dan naikkan harga. Tapi bila petrol dah
turun, mereka kata mereka gunakan letrik pulak; dan bil letrik tak turun,
so mereka tak dapat turunkan harga roti canai, jambu air dan teh tarik.
Macam-macam alasan... cit.

Sunday, October 26, 2008

Berita Tergempar

Percaya atau tidak! Pokok keladi kencing! Cerita dan buktinya seperti berikut.
Pagi tadi, lepas antar budak-budak p sekolah, aku duduk melepak kat pondok. Hairan juga ada air kat kayu. Padahal, hari tak hujan sepanjang hari dan sepanjang malam. Lagipun ada bumbung. Mana datangnya air ni? Tertanya-tanya aku dibuatnya. Adalah pulak yang kata air kencing cicak dan suruh aku cium, ade ke patut.


Mulalah aku buat kaji selidik. Kat tepi pondok ni ada sepasu pokok keladi. Daunnya tak basah pun, sebab tak ada embun. Lagipun kalau ada embun, airnya mestilah mengalir ke bawah dan jatuh atas tanah. Alih alih ternampak ada setitk air kat hujung daun.


Memang air ni lah jatuh ke atas kayu tu. Kalau tengok kawasan kayu yang basah tu, aku rasa mesti tak kurang dari 10 titik air semalaman (dia kencing malam). Alat yang keluarkan air kencing tu pun sempat juga aku ambik gambarnya.

Ingatkan budak-budak je yang pandai ngompol, pokok keladi pun pandai juga tau. Esok pagi aku nak check sekali lagi. Ape rasa air kencing keladi ni ek? Masin ke, atau tawar macam air mineral ke? Nak suruh sapa rasa eh.

Friday, October 17, 2008

Aktiviti budak-budak

Hari ni DekMi pergi ke Kuala Nerang dengan pasukan Dikir Barat sekolah dia. Ada pertandingan pada esok hari. Tido semalam kat sana. Semalam DekMi demam juga.
Esok pulak, Nurul Huda ada pertandingan lakonan. Tapi sejak semalam dia kurang sihat sebab demam. Hai... macam mana lah agaknya lakonan N.Huda ni. Orang nya pemalu, he he he. Nanti aku pos kan aksi lakonan dia.
Nurul Husna juga demam dah 2 hari. Sejak musim hujan ni, bebudak ni kena demam
pulak.

Update :
Keputusan dikir barat - kumpulan DekMi dapat nombor satu.
Ni dia video kumpulan Nurul Huda. Keputusannya dapat #2. 21 pasukan dari serata kawasan Kulim & bandar Baru mempersembahkan lakonan mereka. 1/11 nanti kena buat persembahan lagi untuk sessi penyampaian sijil untuk yang menang #1 ~ #3. Kelakar juga tengok lakonan budak-budak kecik ni. Memang berterabur.

Tuesday, October 7, 2008

Hari Raya

Aku bertolak balik ke kampung jam 8:15 malam, hari raya pertama dan tiba jam 3 pagi raya kedua. Drive malam memang best. Kenderaan tak banyak. Polis pun tak de, so speeding le. Tu yang sampai awal.

Balik semula ke utara jam 9:15 pagi, sampai sini jam 8 malam. Banyak tempat yang aku singgah, bawak pun ikut speed limit je; jadi pemandu berhemah. Kenderaan pun tak berapa banyak.

Pertama sekali aku singgah kat Tangkak beli kain dan kain langsir; terbang lah duit beberapa ratus. Tu la yang bahaya kalau bawak orang perempuan p Tangkak ni... kena jaga-jaga RM boleh terbang tinggi.


Aku berhenti makan tengah hari kat kawasan Senawang. Tengah makan, sampai sebuah kereta Iswara engine berasap. Aku pun pergi tengok... air kering kerana water hose pecah. Minyak engine pun terpancut keluar, tak tau dari mana. Habislah kereta tu, mesti banyak RM yang terbang.


Dalam perjalanan ke utara lepas exit PD/Seremban, ada pulak lori kayu terbalik. Kayu bersepah atas highway. Kat lorong laju pulak tu. Nasib baik nahas baru jadi, jem pun tak teruk sangat masa tu. Ni gambar lori tu....





Tapi yang dari utara ke selatan kena jem 4 km sebab lori tu dah masuk ke dalam lorong depa dan kayu bersepah. Mungkin sebab jalan licin masa hujan.



Perjalanan ke utara selepas KL hujan di kebanyakan tempat.

Aku singgah kat Sungai Buloh R&R, makan Sate Kajang. Dulu, sate kat sini sedap, lembut; tapi kali ni liat dan ada yang hangus jugak. Tak jaga Quality langsung. Boleh hilang pelanggan kalau terus amalkan perangai buruk yang macam ni.




Lepas tu, aku keluar kat Bidor, nak cari buah-buahan. Terkejut betul aku. Depa jual jambu air RM15/kg. Dulu harganya sekitar RM7/kg. Kenaikan ni dah lebih 100%. Pak Lah naikkan minyak 40%, tapi penjual jambu naikkan lebih 100%. Mungkin depa siram pokok jambu dengan minyak petrol berquality tinggi kot, jenis yang kurang sulfur (yang kapalterbang guna). Hot betul aku. So tak jadi beli jambu. Beli ciku je.. RM5/kg

Lepas tu singgah kat Tapah. Sama juga, jambu yang disiram petrol ni pun harganya RM15. Aku beli jambu batu RM6/kg. Tension betul dengan perangai peniaga ni. Harga minyak dah turun, tapi depa buat dono je.

Lepas tu aku drive straight home. Sampai tepat jam 8 mlm.

Thursday, September 11, 2008

Selamat Berbuka Puasa




Hari ni kami berbuka puasa kat Kulim Golf Resort. Makan buffet, punyalah banyak makanan sampai tak habis. Kalau bagi kat orang Somalia pun bagus.


Sunday, September 7, 2008

Teluk Rubiah





Hari tu masa cuti sekolah, kami pergi Teluk Rubiah. Sayang sekali, tempat yang cantik ni dah kena ambil alih oleh sebuah syarikat; so tak lama lagi kwsn ni akan ditutup. Jadi, nampaknya inilah gambar terakhir dari Teluk Rubiah.

Pondok


Inilah dia pondok kat rumah kami, tempat lepak-lepak. Pondok ni terletak kat tepi dapur, so bolehlah buat tempat makan-makan. 2 orang yang dalam gambar tu adalah tukang buat pondok. Kat sini dia orang panggil 'wakaf'.

Monday, September 1, 2008

Bunga Orkid



Ini specisies bunga orkit yang terdapat di halaman rumah, cantik tak? Asal usulnya adalah dari Cameron Highland. Walaupun dari tempat sejuk, tapi masih boleh hidup dan berbunga di tempat panas, kira OK la tu.

Sunday, August 31, 2008

Kawasan Rehat Gua Tempurung


Ni gambar kami sekeluarga di kawasan rehat Gua Tempurung, lebuh raya PLUS. Cantik tempat ni, kebiasaannya tak ramai pemandu berhenti di kawasan ni sebab kawasan R&R Tapah hanyalah beberapa Km saja dari sini. Sesiapa yang rajin bawak bekal tu memang digalakkan berhenti sini, ada beberapa pondok untuk berehat dan pondoknya pun luas. Dan yang bestnya ada anak sungai (kecil je) untuk sesiapa yang nak mandi-manda. Gambarnya seperti di atas.

Saturday, August 30, 2008

Pilihanraya kecil Permatang Pauh

Najib dan Lim Guan Eng pun datang juga. Masa hari mengundi tu kiri-kanan jalan sesak sungguh. Masing-masing (PKR & BN) memujuk pengundi. Berbeza dengan PRU12 (Mac lepas), kali ni sungguh ramai orang di tempat mengundi. Rasanya ramai orang luar. Aku pun terpaksa berbaris lebih-kurang 45 minit untuk membuang undi. Dulu, tunggu 5 minit dah boleh masuk. Maklumlah sekarang ni musim hujan petang kot, sebab tu ramai yang membuang undi sebelah pagi; ataupun depa takut 'hantu' datang dulu!


Ketua Menteri P.Pinang



Hehehe... dapat bergambar dengan Ketua Menteri Pulau Pinang masa pagi hari menundi kat Permatang Pauh, 26/8/08. Nak tau aku undi apa?
Tak sangka pulak dapat bergambar dengannya. Macam kawan kamcing la pulak! Bodyguard dia tolong snap photo.
Aku dah print saiz besar 8x12.

Business Trip to Japan



Ni gambar aku kat Jepun. Sempat juga ambil gambar tepi keretapi. Terima kasih kepada Yanagida-san.

Sunday, April 27, 2008

Saturday, April 26, 2008

Husna


Shopping d k4 sbrg jy