Sunday, March 22, 2009

Tamatlah sudah cuti sekolah

Cuti sekolah kali ni, budak-budak dan mak budak bercuti kat kampung N. Tebal. Aku kerja macam biasa, balik kerja gilir-gilir ke Kulim / Kampung.

Masa awal cuti tu, kami ke Ipoh ke rumah k.ipar, sambil tu tengok business yang baru mereka start kat kafeteria KTM Ipoh. Wah sibuk betul mereka nak sediakan makanan untuk dijual dalam keretapi Ipoh-KL; macam stail pramugari tolak trolley dlm kapalterbang.

Tak dapat aku nak ambik gambar sbb beteri h/p aku dah habis.

Dan akbir cuti sekolah pulak, kami mandi air terjun tak jauh dari kampung. Mula tu, aku malas nak mandi sebab rasa macam nak demam, tapi sebab N.Huda dan N.Husna tu nak kena jaga, terpaksalah aku masuk juga dalam air tu...akhirnya aku yang mandi lebih dari mereka.





Sejuk sungguh air terjun ni. N.Husna baru je mandi, dah biru bibir dia.

Tempat sejarah...

Hari ahad yang lepas, seluruh Kulim tak de letrik sebab TNB buat kerja-kerja kat Kulim High Tec. Lama pulak tu, dari 8 pagi sampai 8 malam. So, kami pun merondalah... salah satu tempat yang kami lawati adalah satu tapak sejarah (sejarah masa bujang dulu..)
Ni dia gambar tempat tu....kedai makan.
Kesian kedai makan ni. Lebih 15 tahun yang lalu, tempat ni menarik dan ceria. Ramai pelanggan datang makan kat sini, termasuklah aku dan k.mimi. Tapi sekarang ni dah macam kedai usang, langsung tak ceria. Tengok latar belakang gambar pertama tu, pondok tempat makan tu dah senget, kerusi pun dah ada yang patah kaki. Masa kami makan hari tu (selepas lebih 15 tahun tak datang) tak ada pelanggan lain yang makan di situ. Kesian....

Monday, March 9, 2009

Jual beli ikan guna teknologi komputer

Canggih....canggih
Malam tadi TV3 keluarkan berita kat Tanjung Dawai jual beli ikan guna komputer. Siap ada display harga tertinggi tawaran untuk peraih-peraih betting! Macam kat BSKL gayanya.... Kang nanti berjangkit system tu kat Kuala Muda / Penaga; tempat jual beli secara berbisik. Kuala Dawai dengan Kuala Muda tu dekat je. Tak de ke sapa-sapa nak gunakan system SMS?