Friday, September 17, 2010
Cerita Tikus Lagi
Di sini, aku dapat buat satu pemerhatian penting berkenaan tabiat tikus untuk makluman semua - TIKUS ADALAH BINATANG YANG SUKA TOLONG MENOLONG.
Dari 4 ekor tikus yang terperangkap kat getah, ada yang telah lama mati, ada yang baru mati, dan ada juga yang baru kena perangkap - masih lagi bernyawa. Ini menunjukkan tikus terjun ke perangkap getah kerana nak menolong member-membernya yang terperangkap. Mungkin tikus kesian dengar rintihan member yang kena getah, akhirnya dia pun kena getah juga.
Walaupun tikus kena getah, tapi dia masih boleh hidup sehari dua lagi. Oleh itu, kepada semua yang berminat untuk hapuskan tikus dengan cara perangkap getah ni, aku cadangkan begini :
Apabila se-ekor tikus kena getah, biarkan saja untuk 2 hari lagi, supaya rintihan tikus ini akan menarik perhatian kawan-kawan tikus yang lain untuk "membantu". Akhirnya banyak tikus yang terperangkap.
AMARAN - jangan guna perangkap getah di luar rumah, kerana tikus yang terperangkap akan menjadi perhatian kucing, dan akan mendatangkan masalah besar kepada kucing...
Friday, August 27, 2010
Planet Marikh 17 Ramadhan
Thursday, July 22, 2010
Cara nak tangkap tikus
Modal gam ni cuma RM3.00 aje satu tin, boleh buat 4 kali (setiap jerat luas 1 kaki persegi)
Mula mula gam ni memang berbau, tapi lepas beberapa hari dah tak de bau lagi, masa tu tikus pun tak perasan tentang jerat ni...
Thursday, February 25, 2010
Cuti Sekolah
Aku tengok sejak Najib jadi PM ni Polis pun dah start balik activiti "mengendap" pemandu. Masa PakLah dulu tu mereka kurang buat activiti ni. Dosa kot buat kerja mengendap orang kat jalan raya, hehehe
Saturday, January 2, 2010
Cuti-cuti 1Malaysia
8:00 PM - makan kat gerai tak jauh dari pantai &
belek-belek kain baju. Ada banyak gerai-gerai jual baju
26/12/09 : 9:00 AM - Kami Check-out hotel,
Ramai orang berniaga kat Pasar ni. Di tingkat bawah depa jual
ikan sayur. Kat atas pula ada kain baju. Ada dua bangunan. Bangunan pertama yang mana ada parking kat bawah cuma jual pakaian dan kain. Bangunan kedua - sekarang ni masih dalam renovation - jual ikan sayur kat bawah dan kain baju kat tingat atas.
1:00 PM - Bertolak ke Kuala Terengganu. Jalan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu cukup baik. Kenderaan masing masing speeding, harap-harap tak de speed trap. On the way, singgah beli baulu & serunding kelantan
OK - tak jauh dari Masjid Putih, Istana, Pasar Payang dan tepi kuala Sungai. Lepas makan bekalan dalam hotel, kami jalan-jalan di bazaar tepi kuala sungai & depan Istana
1:00 PM - Bertolak ke Kuantan, Pahang. On the way, kami singgah kat tempat buat keropok lekor. Keropok lekor Terengganu memang best - lembut je. Keadaan jalanraya dari Kuala Terengganu ke Kuantan memang teruk - jalan sempit dan berlopak. Nama je negeri kaya minyak, tapi jalan teruk. Masuk je sempadan Pahang, keadaan jalan OK
3:30 PM - Tiba di Kuantan, Pahang. Sembahyang Zohor di Masjid Kuantan. Cantik dan besar masjid ni. Bandar Kuantan ni kecik je rupanya...lebih kecik dari Batu Pahat Johor. Tak de apa sangat kat bandar Kuantan ni, kecuali Pantai Telok Cempedak. Pantai ni cantik, tak begitu landai. Ombak tak berapa kuat sebab di kawasan telok.
Akhrinya aku duduk kat challet di tepi sg. Pahang.
Untuk kaki pancing, kira okaylah tempat ni.Tapi untuk berehat-rehat, aku tak recommend sebab kat tangga penuh dengan taik cicak...tak jaga kebersihan langsung ! Pemalas betul pekerja challet ni...
28/12/09 : 10:30 AM - Check-out challet. Terus ke Endau/Rompin dan Mersing. Jalan cukup cantik dan lebar. Pantai pula landai dan airnya hitam.
Tiba di Mersing, singgah kat kedai jual ikan masih dan makan keropok lekor. Keropok lekor Mersing kurang sedap jika dibandingkan dengan yang di Terengganu, so kami tak beli untuk bawa balik.
Akhirnya kami tiba di kampong pada pukul 5 Petang...