Friday, September 17, 2010

Cerita Tikus Lagi

Balik dari cuti raya selama 8 hari, ada 4 ekor tikus terperangkap kat getah. Ada yang masih hidup dan ada juga yang telah mati. Ada sikit bau, tapi aku selamba je. Averaga 1 ekor kena getah setiap 2 hari.

Di sini, aku dapat buat satu pemerhatian penting berkenaan tabiat tikus untuk makluman semua - TIKUS ADALAH BINATANG YANG SUKA TOLONG MENOLONG.

Dari 4 ekor tikus yang terperangkap kat getah, ada yang telah lama mati, ada yang baru mati, dan ada juga yang baru kena perangkap - masih lagi bernyawa. Ini menunjukkan tikus terjun ke perangkap getah kerana nak menolong member-membernya yang terperangkap. Mungkin tikus kesian dengar rintihan member yang kena getah, akhirnya dia pun kena getah juga.

Walaupun tikus kena getah, tapi dia masih boleh hidup sehari dua lagi. Oleh itu, kepada semua yang berminat untuk hapuskan tikus dengan cara perangkap getah ni, aku cadangkan begini :
Apabila se-ekor tikus kena getah, biarkan saja untuk 2 hari lagi, supaya rintihan tikus ini akan menarik perhatian kawan-kawan tikus yang lain untuk "membantu". Akhirnya banyak tikus yang terperangkap.

AMARAN - jangan guna perangkap getah di luar rumah, kerana tikus yang terperangkap akan menjadi perhatian kucing, dan akan mendatangkan masalah besar kepada kucing...

2 comments:

Unknown said...

byk betul tikus... bole guna gam tu tuk cicak gak..

Gonzales said...

So far cicak tak pernah kena. Apa saja binatang bila kena boleh lekat.