Thursday, January 6, 2011

Pengeluaran Kedua KWSP

Cara nak buat pengeluaran KWSP untuk rumah kedua (Process ikut turutan seperti di bawah)
1. Tukar hak-milik rumah pertama - Pergi pejabat tanah, dapatkan borang KTN14A, dan Borang Penilian Hartanah. Isi borang KTN14A dengan pen dakwat basah warna hitam - atau pun pen gel hitam. Di bahagian (b) sebagai balasan - tulis "HEBAH KEPADA ISTERI" - jika pindahmilik kepada bini. Setiap nama yang ditulis mestilah disertakan no K/P and Warganegara Malaysia - contohnya ALI BIN ABU K/P101010-10-1010 (A1000101) WARGENAGARA MALAYSIA
2. Isikan borang penilian Hartanah dan buat salinan - photostat 4 Keping.
3. Setelah lengkap, serahkan kepada Pentadbir Tanah, di pejabat tanah (KTN14A and Penilaian Hartanah - 4 salinan).
4. Bawa borang2 tersebut + Surat Nikah & Salinannya ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (Income Tax). Dia orang ambil 2 ~ 3 minggu untuk buat penilaian hartanah. Oleh kerana pindah-milik adalah atas dasar kasih sayang (bukan jual/beli) maka LHDN tidak kenakan duti stem (Jimat RM1500+). LHDN akan keluarkan slip mengenai Duti Stem tersebut dan attach kepada Borang KTN14A. Deal dengan orang gomen kena selalu follow-up / call. Kalau tak, lagi lambat - kerja yang boleh buat dalam sehari pun dia orang mintak tunggu 1 ~ 2 minggu. Kalau tak follow-up jadi 3 ~ 4 minggu. Ingat tu - kena selalu follow-up !
5. Bawa borang KTN14A + Surat Nikah & Salinan ke pejabat Tanah, dia orang akan advice samada kena hantar ke Pejabat Tanah Negeri.
6. Pejabat Tanah akan makan duit RM300 untuk keluarkan Geran kepada pemilik baru (isteri / anak /...) pada hari yang sama (lebih kurang 1 jam selepas serahan KTN14 + Slip Duti Stem.
7. Minta salinan KTN14A dari pejabat tanah - yang ni pejabat tanah ambik masa 1 minggu untuk process carian. Jadi item #6 and #7 ni hendaklah dibuat pada hari sama. Kalau tak, lagi lambat nak dapatkan salinan KTN14A - tau-tau je lah orang gomen kerja macam mana, letak documen bersepah-sepah. Pejabat Tanah makan lagi RM50 untuk satu salinan KTN14A. Jangan lupa call sebelum datang untuk kutip salinan ni, kalau pakai serbu je - memang akan mendukacitakan diri - sebab salinan tak dapat cari lah, ... macam-macam alasan. Biasalah orang gomen - lebih banyak sembang dari buat kerja, masuk opis lambat (customer dah masuk opis, dia orang masih duduk kat kantin makan serapan pagi). Bila dah masuk opis, dia orang sembang2 & ada yang buat urusan jual-beli kain baju, etc... Memang menyakitkan mata dan telinga kalau duduk lama kat opis orang gomen.
8. Dapatkan borang KWSP untuk pengeluaran. Lengkapkan borang tersebut dan serahkan kepada KWSP + Salinan KTN14A + Surat Nikah & salinan + S&P Agreement & Salinan + Bank Loan approval & salinan.
9. KWSP process dalam masa 2 minggu. KWSP kerja memang cekap - tak de sembang2. Cara dia orang kerja macam orang kerja swasta. Walau pun dia orang kata process 2 minggu, tapi actual dalam seminggu duit KWSP dah kelaur.

2 comments:

Unknown said...

tips yg bagus... pasal org gomen ni, sistem tu ada tp diorg x guna pun.. silapnya ketua jabatan x amik kisah pun sbb bukan dia yg byr gaji...

Gonzales said...

Ketua jabatan pun sama juga, sebab tu orang bawahan macam tu. Banyak curi tulang.