Thursday, July 22, 2010

Cara nak tangkap tikus

Ada beberapa cara untuk tangkap tikus. Cara yang konvensional adalah dengan menggunakan perangkap tikus. Tetapi tikus ni kira pandai juga, kekadang tu dia tak masuk pun sebab dah tahu benda tu bahaya.

So, ni ada satu lagi cara. Guankan gam.
Cara ni memang berkesan. Dah 3 ekor kena dengan cara ni. Tak perlu letak umpan, cuma letak kat tempat laluan tikus.

Modal gam ni cuma RM3.00 aje satu tin, boleh buat 4 kali (setiap jerat luas 1 kaki persegi)

Mula mula gam ni memang berbau, tapi lepas beberapa hari dah tak de bau lagi, masa tu tikus pun tak perasan tentang jerat ni...

2 comments:

Aija said...

gam jenis apa ni???

Gonzales said...

Gam jenis "Rubber Rat Glue" yang boleh dibeli dari kedai hardware, dalam tin kecil berat 150g. Pada awal penggunaannya kurang berkesan kerana ada bau gam, tapi lepas beberapa hari bau hilang.

Caranya ialah sapukan dan ratakan gam di atas sekeping kadboard / kertas keras spt kotak dan letakkan kat tempat laluan tikus.