Sunday, March 22, 2009

Tempat sejarah...

Hari ahad yang lepas, seluruh Kulim tak de letrik sebab TNB buat kerja-kerja kat Kulim High Tec. Lama pulak tu, dari 8 pagi sampai 8 malam. So, kami pun merondalah... salah satu tempat yang kami lawati adalah satu tapak sejarah (sejarah masa bujang dulu..)
Ni dia gambar tempat tu....kedai makan.
Kesian kedai makan ni. Lebih 15 tahun yang lalu, tempat ni menarik dan ceria. Ramai pelanggan datang makan kat sini, termasuklah aku dan k.mimi. Tapi sekarang ni dah macam kedai usang, langsung tak ceria. Tengok latar belakang gambar pertama tu, pondok tempat makan tu dah senget, kerusi pun dah ada yang patah kaki. Masa kami makan hari tu (selepas lebih 15 tahun tak datang) tak ada pelanggan lain yang makan di situ. Kesian....

2 comments:

Dafina Afiqah said...

hohoho..ingtkan ape lah..rupnye tmpt dating :P

Gonzales said...

Tulah salah satu tempat makan kami masa bujang dulu....
Tempat tu kat Juru, Sbrg Perai. Parking pun dah tak ada sbb jalan raya kat depan kedai tu dah lebar.