Pagi tadi, kami ke Kuala Muda tengok nelayan naikkan ikan. Tempat ni tak jauh lebih kurang 40 km dari Kulim. Kami tiba di sana lebih kurang jam 12 tgh hari. Ni semuanya kawan2 kat kilang yang bagitau.

Di sebelah sini, adalah kawasan Penaga (Sbrg Prai) dan di seberang Kuala sungai sana pula adalah kawasan Kedah. Banyak bot ikan yang tiba waktu tengah hari membawa hasil laut terutamanya ikan kembong, gelama, udang kertas, ketam, siput, dan bermacam ikan yang aku pun tak tahu namanya.

Ramai peraih ikan berbisik-bisik untuk tawarkan harga kepada nelayan. Siapa yang tawarkan harga paling tinggi, dialah yang dapat.
Gambar di bawah ni contoh ikan yang diletakkan atas lantai untuk mereka yang nak berbisik harga.

Aku pun try lah berbisik harga...pada awalnya memang tak dapat, kerana harga yang tak sepadan. Tapi bila dah beberapa kali try, dan dapat tengok gerak bibir peraih, akhirnya aku berjaya membawa pulang udang kertas (saiznya besar sungguh, dan beratnya lebih sikit dr 1kg) dgn harga RM40. Ikan pula jenisnya tak tahu, tapi besar dgn harga RM25 (lebih 40 ekor).
Syok juga beli ikan berbisik ni... next month nak pergi lagi. Kalau ajak few families lagi bagus, supaya boleh share....