Sempena cuti raya Cina, Emak, Abah, Nasir, Ibi, Din, Pu sekeluarga & Awang sekeluarga ke Kulim.
Tiba di sini lebih kurang jam 9 malam.
Aku dapat bawak beberapa tempat aje. First day ke Penang. Cuaca hari tu hujan renyai-renyai, hujan rahmat selapas beberapa minggu tak hujan.
Kita orang p Penang Road beli jeruk2. Tempat Kak Lina beli rayban hari tu pun kami tak ketinggalan singgah. Apek tu pakai baju yang same lah!
Aku beli songkok, yang besar sikit. Songkok dulu tu dah sempit.
Lepas tu ke Batu Fringghi lepak-lepak kat pantai. Budaya kuning orang putih memang boleh
disahkah di sini. Tak malu sungguh...
Then kami ke Masjid atas air. Malangnya air laut cetek masa tu....
On the way balik ke Kulim, lalu kat Padang Kota Lama & terus ke Feri. Petang tu tak banyak kenderaan yang menaiki feri, so tunggu sekejap je. Ni dia gambar kepten feri hari tu....hehehe
Hari kedua pulak, kami p Lata Bayu di Baling dan kolam air panas di ulu Legong, Baling.
Tak sangka betul sungguh ramai orang kat air terjun. Parking setengah KM dari kwsn air terjun. Ada pulak yang parking berlapis - pentingkan diri sendiri aje.
Kami tiba lebih kurang 12:30 tgh hari. Setup 2 khemah, senang nak
salin pakaian.
Kat jeram ni, sesuai untuk budak-budak kecik. Untuk yang besar tu boleh mandi kat tempat yang dalam berhampiran air terjun.
Setelah puas sejukkan badan, kami ke Telaga air panas, Ulu Legong.
Kolam ke-3 ni pun tak sanggup aku nak rendam kaki lama-lama. Merah kulit macam udang terbakar. Kat kolam ni kalau nak berendam badan, seelok-eloknya tengah malam, sejuk sikit.
Ada chelet kat kawasan ni. Next time, kalau nak berendam dalam kolam air panas, bolehlah sewa chelet semalam. Memang ramai yang datang ke sini. Masa kami bertolak pulang jam 6:50 ptg pun ramai orang yang baru sampai. Mesti nak berendam waktu malam.
Ada chelet kat kawasan ni. Next time, kalau nak berendam dalam kolam air panas, bolehlah sewa chelet semalam. Memang ramai yang datang ke sini. Masa kami bertolak pulang jam 6:50 ptg pun ramai orang yang baru sampai. Mesti nak berendam waktu malam.
Hari ni, mereka pulang ke selatan, nak singgah ke rumah Farid.