Tuesday, February 10, 2009

Balik Kampung Part2

Sebelum balik kampung, depa semua dijamu dengan lunch masakan aku. Kira bertuah depa hari tu...bukannya senang nak dapat rasa masakan abah! Setahun sekali pun payah nak jumpa. Tengah hari tu, aku sediakan ayam masak kicap 2 peringkat - microwave oven + goreng. Kobis masak air, dan juga cincaluk + ulam. Simple je.

Seleasai makan dan cuci kereta, kami pun berangkat pulang lebih kurang jam 4 ptg, 5/2/09
Tempat singahan yang biasa adalah di R&R Tapah selepas 2jam
driving. Then singgah kat R&R Sg. Buloh untuk makan sate kajang. Lepas tu singgah kat R&R Pagoh, saje nak tunggu supaya exit Yong Peng lepas sikit jam 12 malam (dapat diskaun toll 10%)
Kami sampai kg hampir jam 12:30 mlm.



Aktivity kt kg...
Ada acara sumo lah. Budak-budak ni terpengaruh lepas tengok VCD cerita Melayu (apa ke benda tajuk cerita ni ek?)







Kenduri kahwin kat rumah Paklong Din. Gambar kurang memuaskan sbb tangkap dgn h/p.






Kami bertolak balik ke utara jam 9:30 pg 9/2/09.
Banyak tempak yang kami singgah dlm perjalanan balik ke Utara. Makan roti canai dan durian kat Tangkak. Wah memang best durian Tangkak ni. Dulu masa balik raya pun singgah mkn durian kat sini. Tepi jalan je & tak jauh dari Toll.
Then, berhenti kat R&R air keroh, Seremban dan Dengkil. Mkn tgh hari kat Dengkil. Punyalah mahal makanan kat Dengkil ni. Cit...

Then, singgah kat R&R Tapah, mkn karipap.

Teringat pulak rancangan TV3 tentang mee udang banjir kat Kuala Sepetang. Set Navigator, terus cari gerai mee udang. Punyalah ramai orang berhenti makan mee udang. Plat kereta banyak dari KL. Kalau nak tunggu kat gerai ni, boleh jadi 2,3 jam. Last sekali cari gerai lain...

Tak lah sedap mana, cuma udang je yang banyak. Mee udang Sg Dua kat Perai lagi sedap....

Akhirnya kami sampai di Kulim tepat jam 9 malam.

13 comments:

Unknown said...

wah.. terer masak.. kalah chef wan ni..

masa balik banyak tempat singgah ek.. seronoknya makan2.. tak memulas ke perut tu..

Gonzales said...

Ok je... cuma Haikal je yang memulas perut, sbb banyak makan telor kenduri kawin - dia sapu 8 biji. Asyik kentut busuk telor...
Tu yang asyik singgah R&R. Nyaris2 tak leh makan mee udang Kuala Sepetang.

Dafina Afiqah said...

hahaha! adib n helmi x abes2 ngn sumo..
tjuk cte 2 sumolah

Gonzales said...

Pandai bersumo je....
Helmi tu bila suruh makan shushi, tak reti.

~.::b e e::.~ said...

hahaha..adib ngan helmi ade bakat msuk pertandingan sumo! lawak2

Gonzales said...

Cuma badan je yg tak seperti orang Sumo

Dafina Afiqah said...

Klu si adib tu dia makan aje sushi,tp yg sedap aje klu yg pedas warna hijau tu,klu tak salah namanya "wasabe" sapa pun x nak makan kecuali ayah sorg aje.

Gonzales said...

Wasabe ni kalau campur dgn belacan
maka jadilah belacan jepun. Orang Melayu yang nak lawan Sumo mesti kena makan belacan jepun ni dulu...

Dafina Afiqah said...

hahaha....dah try ke wasabe belacan. rasanya campur budu ok dak?

Gonzales said...

Kami tak try lagi.
Kalau campur budu pun bole juga... tu namanya creative

Unknown said...

Sedap makan kalau dengan budu ni... tak kira la cecah apa pun..
sekarang senang nak carik budu.. supermarket dah ada jual..

Gonzales said...

Dah terkenal rupanya makanan oghang
kelate...

Unknown said...

Kawe make budu hok cocah dengeh limau nipis, fuh.. baru tubik rasanya..