Sunday, January 4, 2009

Hari Pertama Persekolahan 2009

Hari ini, 4hb Jan 2009, hari pertama Nurul Huda melangkah ke sekolah - Sek. Keb. Taman Kenari. Sedih juga rasanya, anak kecik dah pun besar; cepat betul masa berlalu. Haikal pulak dah pun masuk tingkatan 1 di SMK Taman Jelutong. Inilah muka-muka sedih hari pertama persekolahan sessi 2009, kahkahkah. Al-maklumlah, dah puas bercuti dan main game. Masuk sekolah dah tak boleh main game.....PS2 dan Komputer.7:05 pagi aku hantar Haikal ke SMK Jelutong, tiba di sana 7:15 (10 minit perjalanan rupanya. Hari tu aku test cuma 5 minit dah sampai). Aktiviti di sana cuma tunjukkan kelas dia, dan dapatkan meja di barisan pertama, dekat dgn meja cikgu - supaya lebih fokus masa belajar. Kelas dia ni ramai budak pompuan, hampir 70%. Ntah siapa agaknya duduk sebelah dia - budak pompuan ke?

Lepas, tu aku terus ke SK Taman Kenari. Nak tengok Nurul Huda pulak.

Pagi ni, Mimi yang hantar N. Huda dan DekMi.

Kelas N. Huda ni pulak ramai budak lelaki, lebih 70%. Sebelah dia pun budak lelaki duduk.

Dan tak terlepas bergambar di sekolah adalah budak kecik ni, yang teringin nak sekolah juga.




5 comments:

Dafina Afiqah said...

selamat bsekolah,,
hahahah

~.::b e e::.~ said...

hehehe..kejap je mse berlalu..jap je Haikal dh form 1..

Gonzales said...

Kepada semua yang bersekolah tu, belajar rajin-rajin & rajin2 buat latihan peperiksaan yang lepas2 untuk test kefahaman. Bila faham, mesti boleh jawab soalan.

Unknown said...

wah... sekolah dah si nurul..
sekolah sesi pagi ek.. bangun pagi senang ke susah?

Gonzales said...

Sekolah pagi...
K.Mimi hantar sekali dgn Helmi
Jadi, tak kalut sangat, sbb boleh hantar 7:15pg. N.Huda ni sng bangun tidor, 6:15pg dah bangun.