Tuesday, October 7, 2008

Hari Raya

Aku bertolak balik ke kampung jam 8:15 malam, hari raya pertama dan tiba jam 3 pagi raya kedua. Drive malam memang best. Kenderaan tak banyak. Polis pun tak de, so speeding le. Tu yang sampai awal.

Balik semula ke utara jam 9:15 pagi, sampai sini jam 8 malam. Banyak tempat yang aku singgah, bawak pun ikut speed limit je; jadi pemandu berhemah. Kenderaan pun tak berapa banyak.

Pertama sekali aku singgah kat Tangkak beli kain dan kain langsir; terbang lah duit beberapa ratus. Tu la yang bahaya kalau bawak orang perempuan p Tangkak ni... kena jaga-jaga RM boleh terbang tinggi.


Aku berhenti makan tengah hari kat kawasan Senawang. Tengah makan, sampai sebuah kereta Iswara engine berasap. Aku pun pergi tengok... air kering kerana water hose pecah. Minyak engine pun terpancut keluar, tak tau dari mana. Habislah kereta tu, mesti banyak RM yang terbang.


Dalam perjalanan ke utara lepas exit PD/Seremban, ada pulak lori kayu terbalik. Kayu bersepah atas highway. Kat lorong laju pulak tu. Nasib baik nahas baru jadi, jem pun tak teruk sangat masa tu. Ni gambar lori tu....





Tapi yang dari utara ke selatan kena jem 4 km sebab lori tu dah masuk ke dalam lorong depa dan kayu bersepah. Mungkin sebab jalan licin masa hujan.



Perjalanan ke utara selepas KL hujan di kebanyakan tempat.

Aku singgah kat Sungai Buloh R&R, makan Sate Kajang. Dulu, sate kat sini sedap, lembut; tapi kali ni liat dan ada yang hangus jugak. Tak jaga Quality langsung. Boleh hilang pelanggan kalau terus amalkan perangai buruk yang macam ni.




Lepas tu, aku keluar kat Bidor, nak cari buah-buahan. Terkejut betul aku. Depa jual jambu air RM15/kg. Dulu harganya sekitar RM7/kg. Kenaikan ni dah lebih 100%. Pak Lah naikkan minyak 40%, tapi penjual jambu naikkan lebih 100%. Mungkin depa siram pokok jambu dengan minyak petrol berquality tinggi kot, jenis yang kurang sulfur (yang kapalterbang guna). Hot betul aku. So tak jadi beli jambu. Beli ciku je.. RM5/kg

Lepas tu singgah kat Tapah. Sama juga, jambu yang disiram petrol ni pun harganya RM15. Aku beli jambu batu RM6/kg. Tension betul dengan perangai peniaga ni. Harga minyak dah turun, tapi depa buat dono je.

Lepas tu aku drive straight home. Sampai tepat jam 8 mlm.

4 comments:

Unknown said...

moral of the story - tak bole pergi selalu ke tangkak.. hehe.. tapi takpe.. asal rumah cantik sekali sekala..

kat tpt pu pulak dekat dgn Nilai 3.. 6 minit perjalanan jer.. byk dugaannya tu... bila2 masa bole pergi ke sana.. bole terbang tinggi RM tu.. hehe..

peniaga yg jual barang mahal, pulaukan jer.. tak usah beli.. biaq depa rasa.. jambu air tu bkn leh tahan lama pun..

nak makan sate kajang kena mai sini.. dekat dgn kajang.. tapi takde la nak rekemen sate kajang samuri sbb ada dulu first time pi sana.. mmg tak best la.. gah namanya jer.. kualiti out.. baik gi kedai yg biasa2 jer.. sate pun ok gak.. tapi sejak minyak naik ni dh lama tak gi makan sate kat sana..

Dafina Afiqah said...

KWANG2...SEMPAT LG MENGUTUK KAUM HAWA YEA,SABO AJE LEA.....
NAK TNYA ADA TAK TERBAWA BAJU RAYA ADIB WARNA BIRU,KLU TAK SALAH WARNANYA SEAKAN2 WARNA BAJU HAIKAL.KLU ADA KIRA OK LEA.

Gonzales said...

Aha.. memang ada pun. Sebiji sama color dengan baju Haikal. Tu yang terambik. Camne nak buat ye. Hantar
SMS bagi alamat rumah, nanti pakcik hantar dengan pos laju.

~.::b e e::.~ said...

mcm kak normah je yg taip komen tu..
hehehhee..